AJAIB santri hangus terbakar OTAKNYA SEGAR seperti OTAK ORANG HIDUP

17 Jun 2013

d079063c9d42b4fdb9a2dd4052b3ec98_asrama

SUNGAI PETANI - Seorang santri Maahad Tahfiz Al-Barakah (Mantab), Kampung Masjid, Tikam Batu, dekat sini, hangus terbakar dalam satu kebakaran di asrama Maahad tersebut, dini hari pulul 1.50 waktu Malaysia(16/06/13)

Korban yang rajin menghafaz quraan dan juga berdisiplin, Aiman Nurhakim Yahya, 13, yang merupakan santri tahun satu yang memulakan pengajian awal tahun ini.

Pengurus Mantab, Anuar Md Isa, yang juga imam masjid Kampung Masjid berkata rumahnya terletak tidak jauh daripada asrama itu dan dia yang terbangun dari tidur setelah terdengar bunyi hiruk pikuk, tidak dapat berbuat apa-apa kerana api marak dengan cepat.

Keajaiban pada korban

Menurut Anuar, apa yang lebih ajaib ialah penemuan barang-barang peribadi milik arwah yang masih elok tersusun dalam almari miliknya sedangkan barang peribadi rakan-rakan lain semuanya musnah.

63c7ffd8f370fa01159aa117e37df0cf_almari

Kalau nak diikutkan, api menjulang tinggi sehingga memusnahkan keseluruhan bahagian asrama, tetapi almari Aiman yang diperbuat daripada kayu, terpelihara tidak dijilad api sedikitpun. sedangkan almari besi milik santri lain semuanya hangus termasuk pakaian dan barang-barang peribadi lain.

Selain itu Apa yang saya lihat ialah selipar (sandal) yang selalu digunakan arwah selalunya diletakkan di luar, tetapi sebelum kejadian, dia ambil dan letak baik-baik dalam laci. Selipar itu juga masih elok dan tersimpan rapi, katanya yang mengakui sesuatu keajaiban mengenai peribadi pelajar itu.

Namun, apa yang berlaku pasti mempunyai hikmah tersendiri selain menunjukkan kekuasaan ALLAH SWT.

Baru lakukan tasmid

Anuar berkata, pada malam kejadian Aiman baru sahaja selesai menghabiskan satu juzuk al-Quran dan dijangka bakal masuk ke juzuk kedua.

Dia baru sahaja melakukan tasmid (mendengar bacaan al-Quran) satu juzuk dengan ustaznya bagi membolehkannya memasuki juzuk kedua yang dijangka hari ini (semalam), katanya.

Lebih memeranjatkan, Anuar berkata, pakar yang melakukan bedah siasat (visum) ke atas jasad Aiman mendapati, otaknya masih segar, seperti otak orang masih hidup
,sedangkan anggota badan lain sudah rentung.

Memang keajaiban apabila pakar yang menjalani bedah siasat menjelaskan, otaknya masih segar, bersinar seolah-olah milik insan yang masih hidup, katanya, memuji kekuasaan ALLAH SWT.

editor. Kayosakti


TAGS ajaib aneh tapi nyata


-

Author

Follow Me